Registration Form

 

Passenger 1 - Details

Passenger 2 (Children) - Details

Passenger 3 (Children) - Details

Please provide the name, age and IC number of each additional child below.
Sila nyatakan nama, umur dan nombor IC bagi setiap kanak-kanak tambahan di bawah.

Campaign Terms

  1. Participation in this event is free and is strictly based on a first-come, first-served basis. IMSB reserves the right to amend, modify or update any part of these Terms & Conditions without prior notice.

Penyertaan dalam acara ini adalah percuma dan tertakluk sepenuhnya kepada prinsip “siapa cepat, dia dapat”. IMSB berhak untuk meminda, mengubah atau mengemas kini mana-mana bahagian Terma & Syarat ini tanpa sebarang notis awal.

 

  1. Participants are required to use their own Isuzu D-Max throughout the event, including entering the durian farm hill area. All fuel, toll, parking, and other travel-related expenses shall be fully borne by the participants.

Peserta dikehendaki menggunakan Isuzu D-Max sendiri sepanjang acara ini, termasuk ketika memasuki kawasan bukit ladang durian. Semua kos perjalanan seperti minyak, tol, parkir, serta apa-apa perbelanjaan lain berkaitan perjalanan adalah tanggungjawab penuh peserta.

 

  1. Entry into the durian farm hill area involves mild off-road driving conditions. Participants acknowledge that minor scratches or superficial damage may occur due to the natural environment.

Kemasukan ke kawasan bukit ladang durian melibatkan keadaan pemanduan off-road ringan. Peserta mengakui bahawa calar kecil atau kerosakan ringan mungkin berlaku disebabkan keadaan semula jadi persekitaran.

 

  1. By joining this event, participants accept full responsibility for their own vehicles. The Organizer shall not be held liable for any damages, losses, or expenses incurred.

Dengan menyertai acara ini, peserta menerima tanggungjawab penuh terhadap kenderaan masing-masing. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kerugian, atau perbelanjaan yang berlaku.

 

  1. Insurance Coverage:
    • Participants are encouraged to obtain their own personal insurance coverage if they feel it is necessary.
    • IMSB will purchase Public Liability Insurance for the event; however, this does not extend to individual vehicle or personal injury coverage.

Perlindungan Insurans

    • Peserta digalakkan mendapatkan perlindungan insurans peribadi jika dirasakan perlu.
    • IMSB akan menyediakan Insurans Liabiliti Awam untuk acara ini; namun, ia tidak meliputi perlindungan kenderaan individu atau kecederaan peribadi peserta.

 

  1. No Replacement of Participants:

Once registration is confirmed, participant replacement or transfer is strictly not allowed as insurance and participation certificates will be prepared based on submitted information.

Tiada Penggantian Peserta

Setelah pendaftaran disahkan, pertukaran atau penggantian peserta adalah tidak dibenarkan, kerana insurans dan sijil penyertaan akan disediakan berdasarkan maklumat yang dihantar semasa pendaftaran.

 

  1. Participants who are unable to attend due to unforeseen circumstances must inform the Organizer at least 14 days (2 weeks) in advance.

Peserta yang tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dijangka hendaklah memaklumkan kepada Penganjur sekurang-kurangnya 14 hari (2 minggu) lebih awal.

 

  1. By participating in this event, all participants agree to appear in IMSB’s promotional materials, including photos, videos, interviews, and social media postings, without any additional compensation or payment.

Dengan menyertai acara ini, peserta bersetuju untuk tampil dalam bahan promosi IMSB termasuk foto, video, temu bual dan hantaran media sosial, tanpa sebarang bayaran atau pampasan tambahan.

 

  1. The Organizer will notify confirmed participants of the final program, agenda, schedule, meeting points, and other event details through a separate communication after registration is completed.

Penganjur akan memaklumkan peserta yang telah disahkan mengenai program akhir, agenda, jadual, lokasi berkumpul, dan butiran lain melalui komunikasi berasingan selepas pendaftaran disahkan.

 

  1. Participants must adhere to all safety instructions, guidelines, and rules set by the Organizer at all times. Any risks, incidents, injuries, losses, or damages that occur due to participant actions, negligence, or failure to comply shall be borne solely by the participant.

Peserta mesti mematuhi segala arahan keselamatan, garis panduan, dan peraturan yang ditetapkan oleh Penganjur pada setiap masa. Sebarang risiko, insiden, kecederaan, kerugian atau kerosakan akibat kecuaian atau kegagalan mematuhi arahan adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.

 

  1. Participants are required to drive carefully and follow all instructions from marshals and event personnel throughout the event.

Peserta dikehendaki memandu dengan berhati-hati dan mematuhi semua arahan yang diberikan oleh marshal dan petugas acara sepanjang program berlangsung.